Sunday, 31 March 2013

Kesian April dibodohkan (April Fool)





 Berenang-renang di swimmimg pool,
   Sambil berenang ternampak katak,
Janganlah kita menyambut April Fool,
   Hukumnya haram tahu tak?




inilah situasi yang sering berlaku pada setiap 1 April :

Zain :" Weh daus daus,aku ada berita sedih ni nak bagitahu kau."
Daus :"Cerita sedih apa pulak ni?"
Zain  :"awek kau mintak putus"
Daus :"sampai hati dia buat aku macam ni" (menangis)
Zain   :"April Fool ! huahuahua !"

Pernah mengalami situasi macam di atas ni tak?Tak pun yang seumpama dengan ni.Kebiasaannya memang 1 April setiap tahun,ramai yang terkena dengan lawak April Fool yang diklasifikasikan lawak gred E.


 
Ramai yang menganggap benda ni sebagai hiburan ataupun bak kata omputih ''Just for Fun". Tapi sebenarnya lawak ke?Seronok ke?Best ke?hmmm


So harini nak share sikit pasal sejarah April Fool ni.So lepas ni bolehlah fikir-fikirkan dan selamat   berfikir.haha

Ceritanye macam ni, pada abad ke 8 masihi,Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju,masyhur,dan aman.Namun sayangnya tak disenangi oleh orang kafir ketika itu.


Suatu hari tu, Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang mana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada.


Oleh sebab itu,penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.



Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.

 
Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.

Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

#TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1 APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.
 

So camne sekarang?nak buat lawak April Fool lagi ke lepas ni?Jadi penyelesaiannya,bila rasa nak buat lawak April Fool,ingatlah peristiwa sedih ni.Cuba korang bayangkan yang korang ada kat tempat umat Islam pada zaman tu.Perlu ke buat benda sia-sia dan merepek ni?Elok sangatlah tu menyerupai perbuatan tentera salib.hmm..Allah beri akal gunalah sebaiknya .







No comments:

Post a Comment