Sunday, 31 March 2013

Ini Jalanku - bab 1



                                                       bab 1

                      ''Tahniah utaz,semoga dia jodoh awak'',ujar Halim,seorang penduduk Kampung Delima kepada Safiq dengan nada  yang sungguh ceria. Petang itu merupakakan detik terindah bagi Safiq kerana dia telah ditunangkan dengan gadis solehah bernama Mastura. Mereka tidak pernah berkenalan namun hanya disatukan oleh bapa Mastura yang merupakan imam besar Kampung Delima.

                       ''Terima kasihla Halim,InshaAllah.Doakan saya ya''balas Safiq berserta senyuman yang lembut. Di hati Safiq,dia sangat gembira kerana impiannya untuk memperisterikan seorang isteri solehah hampir menjadi realiti. Safiq yakin Mastura merupakan pilihan yang tepat. Anak seorang imam pasti mendapat didikan agama yang cukup dan mempunyai iman yang mantap,itulah tanggapan Safiq .

                       Majlis pertunangan yang diadakan di rumah Imam Hashim dihadiri oleh ramai tetamu.Manakan tidak,majlis pertunangan anak seorang imam besar.Kemeriahan sangat dirasai ditambah lagi dengan alunan qasidah oleh kumpulan nasyid kampung.Imam Hashim  berharap majlis pertunangan ini mendapat barakah dan diredhai Allah S.W.T.Oleh sebab ini merupakan pertunangan satu-satunya anak gadis Imam Hashim,maka baginya tidak salah sedikit kemeriahan berunsurkan islam diadakan.Lebih-lebih lagi,anak gadisnya itu ditunangkan dengan seorang ustaz berkelulusan syariah undang-undang,Universiti Al-Azhar.

                        Imam Hashim masih teringat lagi saat pertama kali terpegun melihat akhlak yang ditunjukkan oleh Safiq. Ketika itu Safiq dan keluarganya baru sahaja berpindah ke Kampung Delima kira-kira 3 bulan yang lepas. Sedang Imam Hashim berjalan menuju ke Masjid Al-Mizan bagi menunaikan solat Zohor,dia terdengar suara merdu seorang lelaki melaungkan azan di  rumah Puan Adira yang baru sahaja berhijrah ke Jepun .Terkesima Imam Hashim lalu berhenti sebentar dan mencari suara tersebut.

                          ''Subhanallah merdunya suara pemuda ini,rupa pun ada'',bisik hati Imam Hashim. Tanpa membuang masa,Imam Hashim menuju ke arah Safiq lantas menegurnya setelah azan tamat dilaungkan oleh pemuda itu.

                          ''Assalamualaikum,anak ni orang baru kat sini ke?''ujar Imam Hashim penuh kesungguhan.

                          ''Waalaikumussalamwarahmatullah,ya betul.Nama saya Safiq dari Melaka.''jawab Safiq penuh kemesraan disamping menghulurkan tangan tanda menghormati orang tua.

                           Maka bermulalah detik perkenalan antara Safiq dan Imam Hashim. Hubungan akrab mereka semakin terjalin apabila kedua-duanya selalu bertemu di masjid . Imam Hashim menganggap kehadiran Safiq sebagai anugerah kepada Kampung Delima dan juga keluarganya. Dengan tanpa sengaja,seolah-olah Allah memberi ilham padanya untuk menyatukan anak gadisnya,Siti Mastura dengan sseorang lelaki yang soleh bernama Safiq.





No comments:

Post a Comment