Monday, 1 April 2013

Ini Jalanku-bab 2




         
                                                    Bab 2

                               


                Mastura membelek-belek cincin yang disarungkan di jarinya di biliknya seorang diri.
 
              ''Tiruan ni,hmm orang kampung memang macam ni",bisik hati Mastura penuh keegoan.

              Mastura tidak sangka bapanya akan mengikatkan pertunangannya dengan seorang lelaki kampung yang dianggapnya sangat hina.Impiannya hanyalah adalah untuk memiliki seorang suami yang kaya dan berkerjaya.

               Dia terpaksa menuruti kehendak bapanya kerana bimbang akan kondisi kesihatan bapanya yang mempunyai darah tinggi.Pernah dahulu bapanya dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat terkejut mendengar berita penceraian abang sulungnya, Mahir.Ikutkan hati,mahu sahaja Mastura melarikan diri dari rumah dan pergi kepada kekasihnya yang disayangi namun kerana Imam Hashim itulah satu-satunya orang tua yang dia ada,pengorbanan harus dilakukan.

              ''Oi mak kau",kata-kata spontan yang keluar dari mulut Mastura setelah ditepuk oleh Salwa di belakang bahunya.

              ''Berangan eh tunang orang ni,untunglah ada orang nak",ujar Salwa beserta senyuman kepada Mastura.Salwa ialah sepupu dan juga kawan karib Mastura yang sentiasa menemaninya di kala suka dan duka.

                ''Kacau je kau ni,janganlah gelar aku tunang orang. Geli tau tak?"balas Mastura.

               ''Geli tak geli tu hal kedua.Itulah hakikatnya. Kau kena terima Mas.Sekarang kau wajib lupakan Shah."nasihat Salwa dengan nada serius.Salwa tahu bukan mudah untuk Mastura melupakan kisah cintanya dengan Shah yang telah dibina selama 5 tahun.

                ''Entahlah Wa,aku terlalu sayangkan Shah. Semoga Allah beri jalan yang terbaik untuk aku.'' ujar Mastura.

                 Shah Iskandar bin Dato Asri atau Shah ialah lelaki yang menepati ciri-ciri  lelaki idaman Mastura. Semua wanita pasti cair melihat ketampanan Shah. Tidak cukup itu,Shah juga merupakan anak  seorang usahawan yang terkenal di Malaysia iaitu Dato Asri Fadhil. Shah masih tidak tahu yang dirinya sekarang menjadi tunangan orang. Jangkaan Mastura,kalau Shah tahu,pasti barannya akan memuncak kerana Mastura sangat kenal perangai kekasihnya yang sangat panas baran.

                 
                 Sejurus kemudian,Mastura merenung ke luar jendela melihat kemeriahan majlis pertunangannya. Hatinya masih ragu-ragu tentang pilihan bapanya. Sambil memegang sekeping gambar tunangnya yang bersaizkan passport,sehingga kini Mastura tak pernah melihat wajah tunangnya secara bersemuka. Sedangkan nama tunangnya sendiri pun masih tidak  diingatinya. Mata Mastura mencari-cari wajah tunangnya di kawasan khemah.

                Tiba-tiba Mastura mengucapkan tasbih kepada Allah. Jantungnya berdegup tidak seperti kebiasaannya. Bagaikan cinta pandang pertama berlaku padanya.

               Lantas Mastura terus beristighfar,

               "Astaghfirullahal azim,setia Mastura oi.Jangan mudah terpikat pada orang"bisik hatinya bagaikan menyesal akan perbuatannya.

               Mastura seakan tidak percaya dapat melihat wajah tunangnya walaupun hanya dari pandangan jauh. Sungguh kacak dan bercahaya wajah tunangnya itu tidak seperti di dalam gambar.


                   

             

1 comment:

  1. ni cerita buat sendiri ke? @ novel? harap dpt baca smbungan...lau novel msti sronok..hehehe

    ReplyDelete