Sunday, 31 March 2013

Kesian April dibodohkan (April Fool)





 Berenang-renang di swimmimg pool,
   Sambil berenang ternampak katak,
Janganlah kita menyambut April Fool,
   Hukumnya haram tahu tak?




inilah situasi yang sering berlaku pada setiap 1 April :

Zain :" Weh daus daus,aku ada berita sedih ni nak bagitahu kau."
Daus :"Cerita sedih apa pulak ni?"
Zain  :"awek kau mintak putus"
Daus :"sampai hati dia buat aku macam ni" (menangis)
Zain   :"April Fool ! huahuahua !"

Pernah mengalami situasi macam di atas ni tak?Tak pun yang seumpama dengan ni.Kebiasaannya memang 1 April setiap tahun,ramai yang terkena dengan lawak April Fool yang diklasifikasikan lawak gred E.


 
Ramai yang menganggap benda ni sebagai hiburan ataupun bak kata omputih ''Just for Fun". Tapi sebenarnya lawak ke?Seronok ke?Best ke?hmmm


So harini nak share sikit pasal sejarah April Fool ni.So lepas ni bolehlah fikir-fikirkan dan selamat   berfikir.haha

Ceritanye macam ni, pada abad ke 8 masihi,Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju,masyhur,dan aman.Namun sayangnya tak disenangi oleh orang kafir ketika itu.


Suatu hari tu, Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang mana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada.


Oleh sebab itu,penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.



Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.

 
Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.

Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

#TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1 APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.
 

So camne sekarang?nak buat lawak April Fool lagi ke lepas ni?Jadi penyelesaiannya,bila rasa nak buat lawak April Fool,ingatlah peristiwa sedih ni.Cuba korang bayangkan yang korang ada kat tempat umat Islam pada zaman tu.Perlu ke buat benda sia-sia dan merepek ni?Elok sangatlah tu menyerupai perbuatan tentera salib.hmm..Allah beri akal gunalah sebaiknya .







Ini Jalanku - bab 1



                                                       bab 1

                      ''Tahniah utaz,semoga dia jodoh awak'',ujar Halim,seorang penduduk Kampung Delima kepada Safiq dengan nada  yang sungguh ceria. Petang itu merupakakan detik terindah bagi Safiq kerana dia telah ditunangkan dengan gadis solehah bernama Mastura. Mereka tidak pernah berkenalan namun hanya disatukan oleh bapa Mastura yang merupakan imam besar Kampung Delima.

                       ''Terima kasihla Halim,InshaAllah.Doakan saya ya''balas Safiq berserta senyuman yang lembut. Di hati Safiq,dia sangat gembira kerana impiannya untuk memperisterikan seorang isteri solehah hampir menjadi realiti. Safiq yakin Mastura merupakan pilihan yang tepat. Anak seorang imam pasti mendapat didikan agama yang cukup dan mempunyai iman yang mantap,itulah tanggapan Safiq .

                       Majlis pertunangan yang diadakan di rumah Imam Hashim dihadiri oleh ramai tetamu.Manakan tidak,majlis pertunangan anak seorang imam besar.Kemeriahan sangat dirasai ditambah lagi dengan alunan qasidah oleh kumpulan nasyid kampung.Imam Hashim  berharap majlis pertunangan ini mendapat barakah dan diredhai Allah S.W.T.Oleh sebab ini merupakan pertunangan satu-satunya anak gadis Imam Hashim,maka baginya tidak salah sedikit kemeriahan berunsurkan islam diadakan.Lebih-lebih lagi,anak gadisnya itu ditunangkan dengan seorang ustaz berkelulusan syariah undang-undang,Universiti Al-Azhar.

                        Imam Hashim masih teringat lagi saat pertama kali terpegun melihat akhlak yang ditunjukkan oleh Safiq. Ketika itu Safiq dan keluarganya baru sahaja berpindah ke Kampung Delima kira-kira 3 bulan yang lepas. Sedang Imam Hashim berjalan menuju ke Masjid Al-Mizan bagi menunaikan solat Zohor,dia terdengar suara merdu seorang lelaki melaungkan azan di  rumah Puan Adira yang baru sahaja berhijrah ke Jepun .Terkesima Imam Hashim lalu berhenti sebentar dan mencari suara tersebut.

                          ''Subhanallah merdunya suara pemuda ini,rupa pun ada'',bisik hati Imam Hashim. Tanpa membuang masa,Imam Hashim menuju ke arah Safiq lantas menegurnya setelah azan tamat dilaungkan oleh pemuda itu.

                          ''Assalamualaikum,anak ni orang baru kat sini ke?''ujar Imam Hashim penuh kesungguhan.

                          ''Waalaikumussalamwarahmatullah,ya betul.Nama saya Safiq dari Melaka.''jawab Safiq penuh kemesraan disamping menghulurkan tangan tanda menghormati orang tua.

                           Maka bermulalah detik perkenalan antara Safiq dan Imam Hashim. Hubungan akrab mereka semakin terjalin apabila kedua-duanya selalu bertemu di masjid . Imam Hashim menganggap kehadiran Safiq sebagai anugerah kepada Kampung Delima dan juga keluarganya. Dengan tanpa sengaja,seolah-olah Allah memberi ilham padanya untuk menyatukan anak gadisnya,Siti Mastura dengan sseorang lelaki yang soleh bernama Safiq.





Thursday, 28 March 2013

Freedom - Maher Zain







Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us


Read more: http://mietos3.blogspot.com/2011/02/lirik-freedom-from-maher-zain.html#ixzz2Oq9Ba4O1

Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan -UIAM

   
            Assalamualaikum.Post kali ini nak menerangkan  adik-adik batch 1995 pasal asasi ekonomi dan sains pengurusan.Konfem budak-budak lepasan SPM confuse nak pilih course apa lps da dpt result.
           Result dah gempak tapi takde hala tuju ditambah lagi nama course yang pelik-pelik.Macam Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan lah.Dalam kepala mesti dah fikir ni course pebenda ni.Sains pun nak kena uruskan ke.Haha.
         
           Sebenarnya takde pun belajar sains cuma sains tu menunjukkan cara yang pelbagai dalam pengurusan.Kalau ekonomi,orang akan tanya ''memang belajar ekonomi je ke?''.Jawapannya tak.

           Ekonomi ialah ibu kepada accounting,business dan lain2 sebab tu nama ekonomi je yang dipaparkan.Ada jugak belajar accounting,statistics dan lain-lain (boleh tengok bawah).

Program RequirementCourse Title
Core CoursesMathematics 1
Mathematics 2
Accounting 1
Accounting 2
Economics
Statistics
English LanguageEnglish Language Level 3
English Language Level 4
English Language Level 5
English Language Level 6
Arabic LanguageElementary Quranic Language part 1
Elementary Quranic Language part 2
ComputerComputer 1
Two Islamic Fundamental Islamic CoursesUnderstanding Islam(Students taking Pendidikan Islam in SPM) or Religions In Malaysia(students taking Pendidikan Al Quran & As Sunnah and Pendidikan Syariah Islamiah in SPM)
And Basic themes of Al Quran

                        *  Inilah subjek2 yang kena ambik

           Istimewanya course ni ialah hanya course ni amik kat kampus Gombak yang merupakan kampus utama.So dapatlah tengok foreigner hari-hari,dengar khutbah dlm 3 bahasa,makan makanan international dan mcm2la.Selain tu dapat join program dengan student degree.Course asasi lain semua kat PJ.Cuma Taaruf Week je seminggu kat PJ.


                             



           Lagi satu,setiap student foundation diwajibkan amik EPT(English Placement Test)  dan APT(Arabic Placement Test) masa Taaruf Week.Test ni nak tentukan korang kena ambik subjek Arab/English lagi tak nanti.Soalan tahap universiti lah,dah tak sama lagi mcm SPM.

Kalau nak tahu banyak lagi,layari:

http://ordinaryguy92.wordpress.com/2011/04/30/centre-for-foundation-studies-iium/#comment-2061
 
                          
                                              *ni muka first day masuk cfsiium PJ
         

Wednesday, 27 March 2013

9 Jenis Syaitan

      Ni nak kongsi benda baru.Tak tahu pulak yang syaitan ni ada banyak jenis.Rupanya syaitan ni ada 9 jenis.Jom baca.

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim 
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-b erai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbang an menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbul kan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
        sumber:http://maribelajar.forumotion.com/t1395-jenis-jenis-syaitan

Muqaddimah

     Assalamualaikum.Tanggal 28/3/2013 jam 1.13 pm,dengan rasminya saya telah mencipta sebuah blog sendiri.Memang tak terfikir pun nak buat blog tapi lepas asyik buat researches je,so lama-lama terpikat dengan dunia blog.Macam seronok sebab dapat luahkan idea yang ada kat otak ni.

    Sebelum tu,nama saya Amiin.Orang Johor dan ada berdarah kacukan cina + melayu + bugis.Tak payah tau pun takpela.Saje je sebagai permulaan dalam dunia baru ni.

    Kenapa nama blog ni 3 kata pada-Mu?Dapat idea masa dengar lagu 3 kata nyanyian KRU.Tapi dah di''modify'' sikit supaya berjiwa islamik sikit.Okla jugak kot.

    Tujuan buat blog ni bukanlah sebab nak publisiti murahan atau nak menggelikan orang tapi niat  hanya nak berkongsi ilmu kepada orang lain.Cuba baca hadis ni.
    
   Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

    Insya-Allah lepas ni saya akan post perkara-perkara yang bermanfaat untuk kita semua.Kalau ada silap tunjukkanlah.


                                    ni gambar raya tahun lepas :)